Visit to Carus Plantations by Minister of MANRED, YB Dato Sri Stephen Rundi

on
Categories: News & Media
BETONG | 25 Mac 2022
Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Sarawak Dato Sri Dr Stephen Rundi Anak Utom melawat 3 tempat kawasan pertanian di bahagian Betong iaitu penanaman padi di Sebekut Spaoh, ladang pisang “Cavendish” di Penunus, Betong dan ladang kelapa pandan dan midin di Jugir, Betong yang diusahakan oleh Carus Group.
Difahamkan 14,000 pokok pisang telah ditanam di tanah berkeluasan 41 ekar dan 12,800 batang pokok kelapa pandan di tanah berkeluasan 120 ekar di Penunus.
Carus Group juga mengusahakan midin di tanah berkeluasan 12 ekar di Jugir.
Turut hadir Setiausaha Tetap MANRED, Datu Edwin Abit; Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Pertanian & Industri Agromakanan MANRED, Dr Gluma Saban; Pemangku Pengarah Jabatan Pertanian Sarawak, Encik Dominic Chunggat; Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak (SLDB), Encik Siang Mandaw; serta para kakitangan agensi kerajaan yang berkaitan.
#MANRED #DOA #SLDB #Carus #Pisang #Midin #KelapaPandan #Betong

 

0