Datuk Roland Sagah melawat Morganic Farm

on
Categories: Morganic Farm, News & Media

TARAT: Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah merangkap ADUN Tarat, Datuk Roland Sagah Wee Inn telah mengadakan lawatan ke Morganic Farm di Batu 26 jalan Kuching-Serian, semalam.

Ladang yang berkeluasan 35 acres itu telah diusahakan sejak tahun 1984 lagi oleh keluarga pemilik Morganic Farm, Chua Tok Siew.
Terdapat pelbagai tanaman buah-buahan dan sayuran di tanam di situ.

Morganic Farm telah mula menjalankan pertanian secara organik sejak 9 tahun lalu dan mereka telah melalui proses mendapatkan sijil organik daripada Jabatan Pertanian Sarawak. -EDISI UKAS

0